ASUS VivoBook S14/S15 Tiba di Pasaran Malaysia

ASUS baru sahaja melancarkan model terbaru VivoBook di Malaysia – VivoBook S14/S15. Dua model ini mempunyai skrin sebsar 14 dan 15.6inch, dan mempamerkan teknologi terkini di dalam sebuah badan yang kompak.

Kedua-dua model ini mengunakan prosesor Intel, dimana VivoBook S14 menggunakan Intel Core i7-8565U yang selaju 1.8GHz (4.6GHz apabila diboost) dan VivoBook S15 menggunakan Intel Core i5-8365U selaju 1.6GHz (3.9GHz apabila diboost).

Kedua-dua skrin adalah Full HD (1920 x 1080 piksel), dan 512GB SSD terbina dalam. S14 hadir dengan 8GB RAM manakala S15 hanya 4GB, yang boleh ditambah sehingga 12GB).

Cip grafik yang dipilih untuk S15 adalah NVIDIA GeForce MX250 manakala S14 menggunakan Intel UHD 620 sahaja. Untuk pautan aksesori, kedua-dua peranti ini hadir dengan USB Type-C (USB 3.1 Gen 1 untuk S15 dan Gen 2 untuk S14), USB Type-A, HDMI dan pembaca kad SD.

ASUS VivoBook S15 dengan warna Punk Pink

ASUS telah memberikan S14 dan S15 pengecas pantas yang boleh mengecas sebanyak 60% kuasa bateri dalam masa kurang dari sejam. Engsel S14/S15 juga unik – ia menaikkan badan komputer riba ini sebanyak 3.5-darjah yang membolehkan aliran udara yang lebih baik untuk menyejukkan komponen dalaman, dan juga pengalaman menaip yang lebih baik.

Harga pasaran ASUS VivoBook S14 adalah RM3899 manakala VivoBook S15 ialah RM3199.

Leave a comment