
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) baru sahaja melancarkan Pelan Gentian Optik dan Kesinambungan Negara (NFCP) hari ini. Pelan ini menjanjikan sambungan internet yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bukan berada di pusat bandar.
Pelan ini mempunyai 7 topik yang akan diwar-warkan dan juga fokus untuk dicapai. Infografik dari Bernama nenunjukkan ketujuh-tujuh topik tersebut:
Diantara janji NFCP adalah sambungan Gigabit internet untuk kawasan perindustrian terpilih dan juga ke semua ibu negeri (2023), 20% premis luar bandar disambungkan dengan sambungan sehingga 500Mbps (2022), kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk Malaysia (2023) dan sambungan telekomunikasi yang lebih baik di sepanjang lebuhraya Pan Borneo.
Kita kini hanya boleh tunggu dan lihat jika pelan-pelan ini boleh dicapai dalam jangkamasa yang ditetapkan; kerajaan sekarang ini tidak mempunyai rekod perlaksanaan yag terbaik. Walaubagaimanapun, kami tetap akan menunggu dan lihat sambil berdoa agar pelan NFCP dapat dilaksanakan dengan jayanya, untuk kesenangan rakyat Malaysia.