
AirAsia, melalui ROKKI, telah mengumumkan bahawa mereka akan menaik-taraf perkidmatan WiFi mereka di beberapa perenerbangan yang terpilih.
ROKKI menggunakan platform Inmarsat Ka-band berkelajuan tinggi, GX Aviation, yang akan dipasang ke keseluruhan keluarga pesawat AirAsia sepanjang 2020. Ka-band lebih laju dan menawarkan perkhidmatan hiburan dalam penerbangan yang lebih dari biasa. Ia menyokong strim video masa-sebenar, strim musik dan banyak lagi.
Kandungan yang akan ditawarkan termasuklah filem, pemua, berita dan juga perkhidmatan membeli-belah. Malahan, GX Aviation membolehkan pengguna untuk berhubung dengan yang tersayang melalui panggilan Wifi dengan Whatsapp ataupun LINE.
AirAsia menawarkan 10MB percuma untuk buat masa ini di penerbangan yang meyokong GX Aviation ini. Data tambahan boleh dibeli dengan harga berikut:

Buat masa ini tiada berita jika teknologi ini akan diperkenalkan untuk penerbangan AirAsia X; setakat ini, AirAsia Malaysia dan Thailand mendapat perhatian dahulu. Berkemungkinan ini akan diikuti dengan AirAsia Indonesia dan AirAsia Philippines)