
Sebuah video dari youtuber EverythingApplePro menunjukkan bahawa produk terbaharu Apple, iPhone 11 Pro, tidaklah se-‘pro’ yang disangkakan. Prestasi produk baru ini lebih rendah dari generasi sebelumnya mengikut video ini.
Di video tersebut, perbezaan ketara diantara iPhone 11 Pro, iPhone XS dan iPhone X boleh dikenalpasti dengan jelas. EverythingApplePro mencuba untuk melancarkan applikasi pada ketiga-tiga model tersebut. Apa yang mereka temui adalah iPhone XS boleh bersaing dengan iPhone 11 Pro – walaupun Apple berkata produk terbaharu mereka lebih berkuasa berbanding sebelumnya.
Malahan, iPhone XS boleh mengatasi iPhone 11 Pro dengan mudah sekali. Tambahan pula, iPhone baharu ini menjadilebih panas lebih pantas dari model sebelumnya.
Salah satu sebab ini berlaku adalah mungkin kerana aplikasi pada iOS 13 belum dioptimal kan. Versi terbaharu – iOS 13.1 – dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi untuk membaiki masalah ini. Aplikasi untuk iPhone juga mungkin belum ditetapkan untuk cip A13 Bionic baharu Apple – jadi pengguna iPhone 11 Pro perlu bersabar sedikit agar Apple dapat menyelesaikan masalah ini.