
Pada 8 Ogos yang lepas, pihak Samsung telah melancarkan secara rasminya ahli keluarga baharu untuk siri Note. Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ adalah dua model terbaharu dari Samsung, dan ianya adalah pertama kalinya siri Note dilancarkan dengan dua model secara serentak.
Galaxy Note 10 adalah model yang lebih kecil dari dua yang dilancarkan. Ianya juga mempunyai kurang fungsi yang terbina dalam. Ianya datang dengan skrin 6.3″ Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+, cipset Samsung Exynos 9825, 8GB RAM, sehingga 256GB storan dalaman UFS 3.0
Manakala Galaxy Note 10+ pula adalah model yang besar dan serba lengkap. Ia datang dengan skrin 6.8″ Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+ , Exynos 9825 yang sama, 12GB RAM, sehingga 512GB storan dalaman UFS 3.0 dan batteri 4300mAh. Ianya juga mempunyai sokongan microSD.

Kedua-dua model ini berkongsi kamera dari Galaxy S10. Kamera utama adalah sebuah sensor 16MP f/1.5+f/2.4, sensor sudut lebar 12MP f/2.2, sensor zum optikal 2x 12MP f/2.1 dan sensor 10MP di hadapan untuk kamera swafoto. Note 10+ juga hadir dengan sensor Time of Flight (ToF) untuk informasi imbasan dunia secara 3D.
Samsung telah berjaya untuk mengurangkan bezel di sekeliling peranti ini, yang memudahkan pengguna untuk menikmati video/game mereka. Untuk mengelakkan takukkan, Samsung menggunakan O-Camera untuk kamera swafoto dan pengesan cap jari adalah jenis optikal yang diletakkan di bawah skrin hadapan.
Untuk mereka yang ingin membeli peranti ini, Samsung telah menetapkan harga untuk kedua-dua model baharunya. Untuk Note 10, ianya akan berharga RM 3699 untuk versi 256GB. Manakala untuk Note 10+, Samsung Malaysia akan membawa masuk dua model – 256GB dan 512GB dengan harga RM 4199 dan RM 4799. Pra-tempah untuk Note 10 kini sedang berlangsung, dan boleh di akses melalui laman web di sini.
Sila kunjungi Samsung Malaysia untuk keterangan lanjut mengenai Note 10 dan 10+.
